Ini satu aku mahu pesan --
Pada hati di luar sana yang kosong dan dibiar bernanah
Bernanah dek kerana luka kelmarin
Seperti aku yang sudah give-up sehabisnya
Ini candy untuk kamu
Lap-lah titis-titis air matamu yang murah pada hari-hari sebelumnya
Jadikan ia mahal semula
Telanlah manis dari candy yang ku beri
Biar nanti mampu ukir senyum semanis semula
Ya, kelmarin hari indahmu mendung
Ada titis-titis hujan duka datang membasahi hatimu
Dan kau rapuh tidak terbandingkan oleh apa-apa
Lalu kau bertanya pada angin sepi mengapa jadi begini
Mengapa --
Mahligai indahmu retak dilanggar ribut curang ?
Tiang seri cintamu patah dihentam laksamana bangsat ?
Inai di jarimu pudar dimamah mentari celaka?
Angin sepi diam menebarkan sunyi kepada pertanyaanmu
Di situ kau duduk menangis meratapi nasib malangmu
Malang yang tidak berbau
Dan andai saja malang itu berbau, pasti sudah kau rempuh segala 'sial' ini, bukan?
Ku harap candy manisku dapat membuahkan senyum di bibir kamu
Biar suatu saat nanti insan yang menghancurkanmu
Kembali rasa terhancur melihatkan senyum manis kamu yang tiada terbanding itu
Senyumlah semanis candy - meski apa celaka pun datang menujah,
Hanya itu pesanku.
*senyum*
Aku dah give-up untuk terus dengar kata-kata manis yang engkau curahkan di mata, telinga dan hati aku untuk saban harinya. Percayalah, pertunangan yang terputus itu dulu sudah lama terlerai. Kau hanya mencuba mengait kembali menjadi renda-renda cinta semula. Yang pasti tidak mampu aku sambungkan terus ke hati aku kembali. Jagalah zaujah milikmu yang suatu masa telah engkau pilih lalu menikam aku. Kerana aku tak mampu untuk ditikan dua kali oleh kamu. Biarkan aku bebas seperti merak yang indah menjalani hidupnya sendiri tanpa ada pemburu yang hadir mencuba mencuri bulu kayangannya. Kerana aku bukan merak kayangan itu. Aku cuma manusia yang bangkit selepas kau lumpuhkan dengan kejam. Berhentilah mengejar, kerana aku sudah tidak mampu berlari. Berhentilah memburu, kerana aku sudah tidak mampu sembunyi :')
POSTED BY " Nooraisyah Nadiah " ON " 02/06/2015 @ 6:46 pm "