Assalamualaikum w.b.t ,
Aku tertarik dengan tajuk di atas yang telah aku tonton di kaca TV di dalam rancangan #BercintaSelepasNikah . Tujuan aku mulakan post ini dengann tajuk sedemikian bukan kerana ingin menularkan virus kahwin muda yang sedang hangat di kala ini tetapi ingin berkongsi bahawa perspektif rancangan ini bukan sahaja semata-mata tentang alam pernikahan, tetapi juga berkenaan seketul hati, yakni daging yang memainkan peranan penting di dalam kehidupan kita - tak kira tua mahupun remaja.
Hati ini iaah organ yang menentukan baik-buruk jasadmu. Jika baik hati itu, maka baiklah dirimu. Dan jika sebaliknya, maka buruklah ia. Hati inilah yang dihiasi bahagia, dengki, iri hati, mudah berpuas hati, prasangka, syukur, iman dan sebagainya. Bagaimana kita membentuk hati kita, begitulah kita pada luarannya.
Ikut kata hati - sinonimnya kala ini memang ramai kebanyakan muda-mudi kita yang gemar turutkan hati dengan alasan - ini hal aku, biar aku sendiri decide, termasuk aku sendiri pernah katakan begitu atas dasar prinsip. akan tetapi, sekiranya ini hal kita, dan jikalau terjadi sesuatu yang buruk pada kita suatu masa nanti, kenapa waktu susah itu kita akan berpaling menghadap ibu bapa dan orang terdekat untuk meminta bantuan daripada mereka, sedangkan pada awalnya niat kita ini tentang kita sendiri?
Nampak cliche-nya di situ? Tidak perlu kau ungkap segala mengikut kata hatimu kalau kau sendiri cuai untuk menimbang-tara kesan yang akan kau peroleh atas tindakanmu sendiri. Lantas, jangan pernah hanya kata itu sekadar urusanmu sendiri kalau akhirnya kau babitkan jua orang lain dengan meminta bantuan daripada mereka.
Apa yang cuba aku kongsikan di sini, janganlah kita ikut trend yang sedang menular sekarang - yakni viral kahwin muda. Setiap kejadian perlu diturut dengan redha Tuhan. Kalau belum tiba masanya, untuk apa kau cari ruang untuk menikah di usia muda ini juga? Sedangkan Tuhan telah menyediakan sesuatu yang amat baik buatmu untuk di masa akan datang. Di saat kau membuang sabar yang sepatutnya kau genggam erat kerana turutkan kata hatimu, tidakkah nanti kau kerugian yang amat kerana ni'mat yang Tuhan suruh kau tunggu, kau bakarkan begitu saja?
Ikut kata hati bukan saja fokus pada nikah muda, bahkan ia tentang kau membuat pilihan untuk dirimu. Pada waktu kau merasakan pilihan yang kau buat tu sebenar-benarnya tiada salah, waktu itu kau memang telah melakukan pilihan yang salah kerana kau tidak bertanya kepada Tuhanmu dan keputusan yang telah engkau lakukan itu tidak diiringi dengan redha Tuhanmu. Pada mulanya kau akan mendapatkan impak yang positif dari apa yang kamu kerjakan dan lalu tanpa bertahan lama kau akan mendapatkan khabar duka pula. Lihat bagaimana permainan takdir kalau ikut kata hatimu?
Hari ini aku mencatit bukan untuk menunjukkan ke-alim-an aku dalam mendeklamasi takdir Tuhan tetapi aku mahu kalian buka kepompong dada kalian sendiri dan lihatlah sekeliling untuk kalian bertafakur sebentar dan mensyukuri ni'mat yang Tuhan beri. Berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dengan pergantungan kepada Tuhan dan nasihat ibu bapa. Justeru, kau akan berterima kasih pada Tuhanmu kerana hidupmu merasa begitu bagus sekali. Ikutlah kata hati setelah kalian puas membanding-tara baik dan buruk - yakni selepas Tuhan menjawab segala persoalan di dalam doamu.
*p/s : PU Rahmat Ikhsan chomel dho. Adehh, siapalah bakal zaujah dia. Untung beso. Hummm --
POSTED BY " Nooraisyah Nadiah " ON " 02/06/2015 @ 6:16 pm "