homePROFILETAGBOARDCREDITSSITESTWITTERfollow


Untitled II

Aku takkan marah.

Kalau kau berpaling dari apa yang kita ada kerana kepercayaanmu.

Tetapi aku marah.

Bila kau buat sesuka hati hingga ia ragut keramat aku.

Itu, aku marah.

Ilmu aku benihnya lebih matang berbanding engkau yang masih mula dari bawah.

Kau silap kalau tuhan izinkan apa yang kau buat.

Sebab rahsia tuhan tu takkan mampu kau singkap dengan ilmu yang kau ada.

Terima kasih bawa pergi keramat aku yang paling aku jaga.

Kau sendiri tak pernah merasa ada hijab.

Bolehlah kau buat janji untuk kembalikan.

Carilah ilmu mana pun, takkan kau jumpa kunci pada hijab aku.

Sumpah, kalini aku marah.
POSTED BY " Nooraisyah Nadiah " ON " 17/08/2015 @ 6:01 pm "
back | all rights reserved | forth