homePROFILETAGBOARDCREDITSSITESTWITTERfollow


Percutian kita.

Aku mahu nanti percutian kita --
Beratapkan langit, berdindingkan pelukanmu,
Dan beranginkan hembus nafasmu.

Aku mahu nanti percutian kita --
Pemandangan kita sentiasa serasi,
Cinta menyerlah dalam ruang mata,
Tanpa perlu bibir merungkai lebih bicara,
Bertatapan mesra sambil kau gesel hidungmu di pipiku juga sudah cukup, barangkali.

Sedang kau elok melayari rakitmu sendirian,
Dan aku sibuk menyaksikan dari gigi air,
Sambil di jariku ditemani pena dan selembar kertas kayu,
Ku lukis segala girangmu di atas sekeping kertas itu,
Dengan dakwat kasih dan sayangku,
Diiringi bait kata puisi cintaku yang tidak kau terfikir aku menulis untukmu,
Ku coretkan bagaimana gigihnya kamu mencintai aku,
Agar nanti seusia kita tak mungkin terlupakan.

Aku mahu percutian kita yang sebegini.
Mengghairahkan dan terlalu menyenangkan.
Ia tidak mungkin dapat terbeli dari mana pun.
POSTED BY " Nooraisyah Nadiah " ON " 31/07/2015 @ 1:37 am "
back | all rights reserved | forth