homePROFILETAGBOARDCREDITSSITESTWITTERfollow


. Pergi Tak Kembali .

Warkah ini aku mulakan dengan "Assalamualaikum w.b.t". Ya ! Apa khabar semua? Sehad? Alhamdulillah, aku sehad. Kenapa hari ini kedengaran kasar kata ganti nama diri aku. Kerana aku ingin bermonolog pada kalian semua Tentang cerita. Cerita antara aku dan dia. Kenapa? Kerana ini kenangan. Kenangan yang tak akan berubah walau sekali pon. 

Masuk hari ini, sudah masuk hampir setahun Azizi pulang ke rahmatullah. Aku menghitung? Ya ! Aku akan terus menghitung. Insya-Allah. Mungkin. Mungkin aku akan terus menghitung sampai satu hari nanti aku telah penad menghitung. Jujur, ini perasaan yang pertama kali aku rasakan. Perasaan bagaimana telah kehilangan orang yang kau mula kenali hati budinya.

Perasaan bagaimana kau mula kenali dia, bermesra, rapat, bergado dan sebagainya. Azizi, dia suka dengan cara aku. Dia rimas dengan cara aku. Dia neutral. Tak melebihkan tak pula mengurangkan. Dan aku selesa berkawan dengan dia sebab sikap dan gaya yang ada padanya. *aku tulis serupa mengarang kan? Ini apa aku rasa.

Dia tak layan aku terlebih-lebih. Dia tak pula buat aku menyampah. Tapi dia selalu buat benda yang berjaya buat aku tercari-cari diri dia. Sejujurnya dia cuma buat benda kecil tapi impak yang dia bagi pada aku sangat besar. Aku suka dengan dia. Ya ! Aku suka dengan dia sebelum aku ditunangkan.

Azizi tak pernah beri harapan. Tapi dia suruh aku masakkan untuk dia asam pedas tak payah guna blander tapi guna lesung batu. Aku menyirap masa tu. Susah kot? Aku mintak dia belikan aku blander tapi dia buat dang.

Dia suka buat aku marah. Suka buat aku marah sebab aku rindu kat dia. Kau bayangkan dia boleh aje texting aku ikut suka hati dia. Nanti tiba-tiba terpacak text dalam fon aku ajak aku keluar. Tak cool ke tu? Dah seminggu tak jumpa dan berhubung tiba-tiba ajak lepak. Yup ! Lepak cuma kami berdua saja. Dan dia tak suka kalau aku kata aku benci lelaki buncit. Masa tu aku terus tengok perut dia. Dia saja kembungkan perut dia biar nampak buncit.

Paling chomell dia selalu salah anggap. Dia selalu ingat aku dulu couple dengan anep. Sebab dulu anep selalu ajak aku keluar beli barang tok ayu. Kengkadang kitorang lepak kosong aje. Kadang anep yang neman aku pergi beli barang hape-hape. Azizi selalu kata buat apa tunggu dia, aku kan dah ada pakwe. Perghh -,-

Sejujurnya ..,

Aku rindu dia. Nak tulis lagi banyak rasa macam nanti orang akan kata apesal aku tak move on lagi. Tapi jujur aku rindu dia. Sangat rindu. Aku rindu kau Azizi. Kau dengar tak apa kata hati aku? Dan aku masih call nombor fon kalau sampai ke hari ni walaupun tak pernah dapat. Aku pun tak tahu kenapa. Aku rindu kau serupa orang gila kot?

*aku buad post neh nak nanges tapi tak boleh. Tetap kena control cun. Sebab kaki bahan ada kat sebelah. Tengah online sama T_____T
POSTED BY " Nooraisyah Nadiah " ON " 31/03/2014 @ 9:49 pm "
back | all rights reserved | forth