Assalamualaikum bloggers.
Apa khabar? Dah lama nadya tak berkongsi rasa dalam belog neh.
Kenapa?
Sebab masa tak mengizinkan.
Kali ini, Allah yang izinkan :) * sambil senyum
Kenapa title post kt atas sebut nama Sunan pula?
Sunan itu ertinya wali.
Di dalam bahasa Acheh di panggil Sunan.
Kerana perkataan wali itu hanya lazim meniti di bibir orang melayu.
Pernah baca cerita mitos khayalan imginasi mengenai Laksamana Sunan?
Hasil karya Ramlee Awang Murshid.
Bukan imaginasi tapi lebih kepada mitos sebenarnya.
Anak Melayu yg membawa hati kerana tersalah hukum dek ayah sendiri.
Menuntut ilmu di Acheh ; tempat di Jawa yang memegang gelaran
"Serambi Mekah" .
Kerana di situ terdapat ramai alim ulamak.
Hati yang lara di bawa lari. Jauh.
Mencuba merawat hati dengan mencari ilmu Allah.
Dan mitos mengenai cara berlawan Dol Said, Tok Janggut itu semua bukan mitos.
Kerana Allah mengizinkan mereka dengan caranya.
Seperti tok janggut yang memegang ilmu kebal ketika berlawan.
Dol Said yang boleh bergerak dengan terapung di awangan.
Laksamana Sunan yang di berikan rentak jurus angin.
Itu? Itu nama dia tenaga batin.
Tenaga dalaman manusia yang di guna pakai dengan izin Tuhan.
Dengan hijab yang terangkat ke langit.
Apa yang nadya mencarut ni?
Sebab itu benar.
Itu adalah ilmu tinggi milik Allah.
Dalam erti kata lain wali yang di kurniakan karamah.
Ahmad Ammar.
Kenapa dengan pemuda itu?
Dia adalah Laksamana Sunan bagi nadya.
Laksamana Sunan dalam era globalisasi.
Bukan di zaman Sultan Melaka dahulu kala.
Yang masih percaya pada jihad dan memegang syahid.
Sebagai manusia, aku sayang padamu.
-Lakasamana Sunan-
Dia? Ahli Syahid terhebat.
Melayu pertama yang mengorak langkah fi-sabilillah selepas mmbaca
Syair Imam Syafie.
Memegang legasi jiwa muda untuk syahid.
Nadya kagum. Kagum teramat.
Kenapa?
*oh, banyak betul persoalan.
Kerana dia insan terpilih. Kematiannya seolah di sambut oleh seisi alam.
Bagaimana dia mati?
Dia meninggal dalam keadaan husnul khotimah.
Ya ! Nadya menangis bila melihat betapa bila dia pergi,
kehilangannya amat memberi impak kepada jemaah Istanbul.
Pertama.
Di saat nyawa sudah tercabut dari jasad.
Organ memproses garam mineralnya masih berfungsi.
Peluhnya masih keluar mengeluarkan garam dari tubuh.
Kedua.
Bila jasadnya tiba di Masjid, kedengaran azan berkumandang.
Menandakan waktu Zohor sudah tiba.
Laungan azan menyambut ketibaanya di masjid - rumah Allah.
Ketiga.
Jemaah menangis sewaktu menyambut kematiannya.
Berebut-rebut jemaah Istanbul ingin mengusung keranda yang terkandnung jenazahnya.
Ayat yang paling menyentuh hati nadya
sewaktu Imam masjid Eyub Istanbul itu kata ;
"Awal Muharram ini Allah mengeluarkan Nabi Yusuf r.a dari penjara .
Awal Muharram ini Allah menyembuhkan Nabi Ayub r.a dari penyakit kudisnya.
Awal Muharram ini Allah membelah lautan utk mengizinkan Nabi Musa r.a merentasinya.
Dan di Awal Muharram ini
Allah izinkan Ammar untuk pergi menemui-Nya.
Dan Allah mengurniakan rahmatnya di setiap Awal Muharram."
Waktu menaip tentang arwah?
Ya ! Nadya menangis. Hati ini tersentuh.
Waktu melihat video pengusungan jenazah arwah?
Ya ! Nadya menangis. Hati ini tersentuh.
Umur kami sebaya. Tetapi dia di berikan darjat yg tinggi.
Tidak perlu menunggu di akhirat kelak.
Di dunia sudah berbalas.
Buktinya?
Dia di semadikan di sebelah makam sahabat Rasulullah s.a.w .
Saiyyidina Abu Ayub Al-Ansari r.a .
Atau nama sebenar beliau Khalid bin Zaid.
Melayu pertama yg di kebumikan di Istanbul.
Tempat pengkebumian para pejuang Uthmaniyyah dan sahabat Rasulullah s.a.w .
Dan ini karamah untuk Ahmad Ammar :')
Saat ini terimbau kembali.
Sebaris nama yang nadya kehilangan.
Siapa?
Hanya sebaris nama.
Azizi Ali :') *lap air mata
Rindu dia.
. Al-Fatihah .
p/s : Sebagai manusia aku sayang padamu.
Dia Laksamana Sunan aku !
Dalam kenangan Azizi Ali
1989 - 2013
:')
Dalam kenangan Ahmad Ammar.
1993 - 2013
:')
~ sayonara ~